Himpunan Dan Karnival Usahawan Aim Miri 2018

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini merupakan anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Miri untuk beriadah bersama ahli atau sahabat dalam organisasi tersebut. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara mereka dan komuniti sekitar, Pusat Internet bertugas untuk melakukan aktiviti berkaitan keselamatan internet dan sebagainya.

Pihak Pusat Internet bertanggungjawab untuk mengajar komuniti mengenai keselamatan penggunaan gajet dan ketika berada di atas talian. Media sosial kini merupakan platform seharian yang diakses oleh pengguna Internet. Oleh itu, pihak Pusat Internet menyediakan permainan yang berkait dengan keselamatan internet serta sedikit kesedaran kepada komuniti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali